Thursday, December 31, 2009

penawaran melebihi permintaan????

huhuu....ms niza STPM dulu, niza ada bljar psl penawaran (SS) dan permintaan (DD). setahu niza, bila SS melebihi DD, sesuatu barang tu akan mnjadi sngt murah dan ibaratnya kurang berharga...yelah dah berlambak sampai satu tahap akan ia akan jd satu pembaziran. kes ni berlaku bg profesion perguruan sekarang. kerajaan kata guru sekarang dah berlebihan, so yg diutamakan adalah 'anak2' KPM. so bg 'anak2' KPT yg ambik pendidikan susah sikit nak posting. dan kalo dipostingkan pon kos2 tertentu jer....
niza x tau la nak slah kan sapa. apatah lagi niza n kawan2 niza hnya ada degree dlm pendidikan, sah2 lah kami x leh pegi ke profesion lain selain drpd menggunakn sijil STPM kami. 4 tahun belajar seolah2 x guna... pas tu dengar ura2 nak ambik guru GSTT utk kurang kn kos.... gila apa! abis tu, yg kami ni lpasn ijazah pendidikan nak wat apa? apatah lg, hutang PTPTN yg berlambak tu, kalo lmbt atau x dpt posting kan sngt2 menyusahkan! pas tu mula suruh masuk program sana, program sini, kononnya untuk majukan diri sndiri, pas abis kursus, tetap x de peluang.... ntah la...marah pon ada. tapi yelah, rezeki tu kan dah ditentukan....niza berharap sngt perkara ni diselesaikan dengan secepat mungkin.
kalo dulu, ibu bapa akan kata, 'sambung la dlm bidang perguruan, nnti pas belajar terus dpt kerja...' tapi niza rasa utk saat sekarang ni, dah x sesuai.....!

Sunday, December 13, 2009

pernikahan & perkahwinan

bulan 11 dan 12 ni kan bnyk org knduri kawen. dr bulan 11 lg sampai skrang, bermula hr khamis-ahad, niza mesti sebok, sebok ngn andaman. penat.......sangt2 penat, tapi seronok, bkn skdar masyuk...tapi dpt jumpa pelbagai jns manusia, mjlis dan bg niza, niza dpt tahu pelbagai bntuk wajah org utk di make up. bila dah bnyk jns orang, tntulah bnyk jns ragam. ada pengantin yg sngt pendiam dan pemalu, nak posing kn pon stengah nyawa. ada yg mcm kayu, ada yg over exited, ada yg pengantin ok, emmmm org keliling plk yg x ok...mmg mcm2... blom gi masuk mjlis yg sngt sederhana, n mjlis yg sngt2 'meletop'.... pas tu nak jd juru make up @ cik andam ni (diorng pnggil niza cam tu coz muda gi n blom kawen) bukan mudah tau. bkn stkat kita ni kena tau n cntik make up orang, tapi kena tau beramah mesra dengn tuan umah tau. apa yg penting, sbgai juru make up terutama mcm niza yg blom kawen ni, mmg kena pndai jg n bwk diri.

dlm bnyk2 mjlis yg niza pergi kebelakangan ni, akhirnya niza pergi gak mjlis pernikahan, mjlis yg seboleh2 nya niza x mau gi, malah dah 3 kali niza gi ke majlis pernikahan dan ketiga2 nya sebab niza make up kn pengantin perempuan. maka 3 kali gak niza dngr lafaz nikah, dalil2 nikah kawen, bacaan talik dan segalanya berkaitan dngn pernikahan. setiap kali mjlis nikah tu berlngsung niza msti berdebar seolah2 niza y terlibat. niza bkn x suka pergi ke mjlis tu, tapi niza x nak gi coz sebak mjlis perkahwinan tu sangt2 terkesan di hati niza walaupun bkn niza atau sedara mara niza yg bernikah. sbb bg niza, pernikahan adalah satu mjlis yg sngt2 bersejarah baik dilakukn di rumah mahupun di masjid. niza x tau la mcm mn mjlis pernikahan niza nnti. niza rasa msti niza akan menangis punya la. si dia ada kata, lm2 nnti niza biasa la, smpai ms niza nnti pon perkara tu dah x de pape dah. tapi niza rasa, x kot. sbb ni mjls pernikahan bukan persandingan. pernikahan tu sangt besr mkna nya bg niza....

bg yg telah melangsungkn perkhwinan, niza ucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia ke kahir hayat. ingatlah bahawa, setiap yg diciptakan berpasangan itu bukan sekadar untuk menjadi peneman dan penyambung keturunan atau zuriat, tetapi untuk saling melengkapi antara satu sama lain. insyaallah....

keluarga aktif Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) 2009 peringkat kebangsaan

20.11.09
alhamdulillah, keluarga niza telah terpilih untuk mewakili Perak ke peringkat kebangsaan dlm ASUS 2009 kategori keluarga aktif yg berlangsung di Putrajaya. walaupun keluarga niza x berjaya menjuarai bg peringkat kebangsaan tetapi kami telah mndpt tmpat ke-2 drpd 16 buah keluarga. niza rs bngga coz walaupun keluarga niza ni agak kecil tetapi kami dah sampai ke peringkat ini. x sia2 segala pengalaman dan tunjuk ajar drpd ayh dan ibu smnjk kami adik beradik dr kecil sampai la skrang. ayah n ibu membuktikan walaupun kami aktif dlm sukan, sntiasa berada di padang, tapi kami tetap boleh berada sehingga ke tahap ini. so sukan tu bukan la sesuatu perkara yg membuangkan masa. bkn sj sukan, mlh dlm apa2 aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, dan apa2 jer aktiviti luar yg berfaedah tetap dpt memberikan pelbagai pengalaman yg kdngkala x diajar di mn2 kelas pon. kita kena buat sndiri dan alami sndiri.
apa2 pon, bg yg berjaya tahniah dr niza dan bg keluarga niza, niza ucapkan jutaan terima kasih kerana membawa niza sehingga ke tahap ini. tahniah utk kita semua. bg adik2 niza, jadikan ini satu platform untuk terus aktif dismping seimbangkn dengn pelajaran.